Tuesday, September 9, 2008

Mutiara Kata Penguat Jiwa...

Jika mendapat gading bertuah, tanduk jangan sekali2 dibuang...mana tau
ada gunanya suatu ketika nanti...
Hari ini yang indah selalunya bermula dengan
cabaran yang datang pada hari sebelumnya....








Keluarga Bahagia Hidup Gembira


Saat diijabkabulkan menjadi sepasang suami isteri...1 Jan 1997

Jalan-jalan makan angin di Kuala Terengganu


Inilah insan yang telah menemaniku sepanjang lebih 10 tahun yang lalu.....

Monday, September 8, 2008

Haa... si koboi kecik ini cukup keletah...banyak songeh!!

Tapi, bila dia tak de kat umah, sunyi pulak rasanya..

Sunday, September 7, 2008

Bila Esok Hari Isnin...

MySpaceAnimations.com

Monday Animations provided by MySpaceAnimations.com



Alahai esok hari Isnin pulak...so kenalah mula bekerja semula selepas puas berehat 2 hari di rumah..kalau ikutkan hati mmg malas nak gi keje..tapi bila difikirkan kewajipan dan tanggungjawab, mesti pegi jugak...so selamat bekerja utk kawan-kawan semua...

Saturday, September 6, 2008

Beginilah situasinya ketika P & P sedang dijalankan..memerlukan banyak kesabaran untuk memastikan apa yang disampaikan dapat diterima oleh pelajar...begitulah keadaannya pabila kerjaya ini menjadi pilihanku selama lebih 13 tahun lalu....
Hmm, apa persepsi korang bila tgk pic ni?...bagi saya, kucing ni mmg bijak..sbb ia pandai guna ict..tu nak pegi chatting laa tu jap lagi...hehee

Kengkawan...yang best terbest aku rasa



Haa..yang ini pulak kengkawan yang kemain baik lagi ngan saya...tengok je boleh, nak kenal2 tak leh dah sebab dah tutup pencalonan...muahaha

Rumahku Syurgaku....





Rumah tempat berlindung, tempat berteduh dan tempat menyimpan semua masalah...hehehe


Bersama seorang teman baik...Pn. Rohani, usahawan cendawan yang terkenal di pantai timur...berkeyakinan tinggi, bersemangat waja, dan ada wawasan....hmmm saya tumpang gembira atas kejayaan beliau...sekarang ni dah keluarkan mushroom currypuff pulak...leh tahan rasanya...sodap gak!!!

Friday, September 5, 2008

Renungan kita bersama....


Sentiasalah mendongak ke atas sebelum melakukan sesuatu...berfikir sewajarnya...moga apa yang bakal kita lakukan menepati peraturan kehidupan insan di dunia..kata orang berfikir dan memerhati boleh menjadi tulang belakang kepada kemajuan diri...

Bersama adik-adik di Teluk Chempedak..yang berbaju coklat itulah ibu saya...Pn. Zainon bt Abdul Wahid..


Buah hati mama...tanpanya hidupku sunyi...terima kasih kerana menemani mama tatkala mama keseorangan....

Friday, May 23, 2008

Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Pinang & Langkawi





SEKADAR RENUNGAN.....


Kata orang biar kita ramai sahabat dari mempunyai ramai musuh kerana sahabat yang ramai mungkin dapat membantu tatkala kita berada di dalam kesusahan, manakala pabila kita mempunyai ramai musuh, nescaya kehidupan kita sukar menggamit kebahgiaan dan kesejahteraan...


BICARA BUAT SEORANG GURU

Guru oh GuruBerburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979